

Pengenalan
Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “PEMBELAJARAN OUTPUT”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.
Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan .
Score A Programme™ juga diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-
Sikap Para Pelajar:-
Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;
Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan;
Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah; juga
Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.
Masalah Ibu bapa:-
Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;
Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda;
Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak;
Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;
Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;
Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar;
Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan; juga
Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak
Webucation – The Sunrise Business
WEBUCATION, the fast growing Business Opportunity
In Forbes Magazine, Peter Drucker calls webucation "The Next Mega Trend." He states it will be the next Multi-Billion if not Trillion Dollar Industry. For those of you who don't know Peter Drucker; he is a highly respected worldwide management consultant guru and author of over 25 books on Business and Management
Sejarah Penubuhan Score A Programme™

Dibangunkan oleh Kenshido International Sdn. Bhd. (dulu dikenali sebagai Edu-2u Portal Sdn. Bhd.) pada tahun 1999.WWW.kenshido.com
Pelopor yang terunggul dalam Portal Pendidikan.
R&D selama 3 tahun. Modal RM4.5 juta bagi mencipta perisian.
Pada tahun 2002, telah dilancarkan di 14 buah Sekolah Bestari di Malaysia. Diberikan secara percuma untuk di uji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hasil daripada percubaan sistem ke atas Sekolah Bestari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93% pelajar-pelajar yang menggunakan Score A Programme™ telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.
Dipasarkan secara berperingkat sejak pelancarannya pada tahun 2002.
Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan diiktiraf oleh kerajaan, pada tahun 2006, Score A Programme™ telah dipasarkan secara meluas melalui konsep jaringan pemasaran iaitu MLM (Multi Level Marketing) agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang hebat ini di samping memberi peluang ke arah peningkatan ekonomi.
Silibus
Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia
Mengandungi 500,000 bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini
Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.
Sekolah Rendah (Tahun 1-6)
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
Bahasa Cina
Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3)
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik (Bahasa Inggeris)
Sains (Bahasa Inggeris)
Bahasa Cina
Sejarah
Geografi
Tingkatan 4 dan 5 – telah dilancarkan pada 27-Jun-2009.
Kesusasteraan:
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Sains
Perdagangan
Prinsip Akaun
Ekonomi Asas
Sains:
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Fizik
Kimia
Biologi
Ciri-Ciri Unik Score A
eTopic™

Pembelajaran output sebaik sahaja selesai pelajaran input tentang sesuatu topik bagi membantu pelajar lebih memahami setiap topik dalam mata pelajaran yang mereka pelajari;
Markah lulus 80% iaitu A;
Penandaan adalah serta-merta; juga
Keputusan adalah serta-merta dan di hantar ke e-Report Card dan sms ke telefon bimbit ibubapa.
ePast Year Exam™

Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan ‘A’; juga
Satu-satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.
eProgress™

Carta pemantauan yang membolehkan ibubapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic™. Ciri ini adalah satu kaedah pemantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibubapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic™ anak-anak mereka.
Ibubapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibubapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut
subjek.
eReport Card™ (Online dan sms)

Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak;
Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak;
Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa; juga
Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta.
Tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat.
eNotes™

Nota ringkas tetapi padat
Disediakan dari guru-guru pakar mata pelajaran
Membantu pelajar untuk mengulangkaji dan membuat rujukan
Berkonsepkan peta minda
BANYAK LAGI CIRI-CIRI MENARIK
No comments:
Post a Comment